“Lin, I mintak maaf sangat-sangat. I still tak dapat pujuk mama I. I tak tahulah kenapa dia tak suka you." Azrien menggenggam tangan Linda yang terletak elok di atas meja.
Linda hanya menunduk. Air di hadapannya sekadar direnung kosong. Sakan akalnya mencari kata-kata yang dapat memujuk hati kekasihnya. Untuk membiarkan lelaki itu terus-terusan menyalahkan mamanya, dia tidak tergamak. Dia tahu punca Datin Sofea membencinya.
Akhirnya gadis itu mengangkat wajahnya. Seulas senyuman dihadiahkan untuk Azrien yang masih menatapnya. Dibalas genggaman Azrien, menyalurkan sedikit rasa sabar buat jejaka itu.
“Tak apa. You jangan desak mama you. I tahu apa yang dia rasa. And you pun tahu kan apa yang jadi pada I dulu? Kalau terpaksa, cukup sampai sini je hubungan kita. I tak nak you sakitkan hati mama you lagi sebab I. Kalau ada jodoh antara kita, insya Allah kita tetap akan bersama," pujuknya lembut.
Semakin luluh hati Azrien mendengar kata-kata yang baru diungkap gadis yang amat dicintainya itu. 'Ya Allah, mama. Linda ni baik, ma. Kenapa mama tak nampak semua ni?' Hatinya merintih.
“No. Please, sayang. Jangan tinggalkan I. I tak boleh hidup tanpa you. I akan cuba pujuk mama untuk terima you. Tolong bagi I masa, ye? Please, sayang." Rayunya lagi.
Linda tersenyum lagi. Sesekali melihat sifat manja Azrien dapat menyejukkan hatinya. Almaklumlah, Azrien ni lebih suka menunjukkan sifat gentleman dan machonya saja.
“Dah lah, sayang. You jangan risau, kay? Ingat pesan I. Ada jodoh kita, takkan ke mana. Even salah seorang dari kita dah dimiliki pun." Linda menarik tangan Azrien dan mengucupnya.
Hatinya sayu dengan kata-katanya sendiri. Tapi dia perlu kuat. Dia tak betah untuk terus membiarkan kekasihnya berada dalam dilema.
Tanpa disedari dia mengeluh lemah. Jauh di sudut hatinya terpalit rasa sesal dengan kekhilafan dirinya sendiri sehingga menyebabkan Azrien tersepit.
Setelah hampir sejam mereka berbincang, mereka memutuskan untuk beredar. Azrien menggenggam kemas jari-jemari Linda.
Tiba-tiba Linda merasakan Azrien memperlahankan langkahnya. Tunak matanya menikam wajah Azrien yang berubah. Mata lelaki itu tajam memandang ke satu arah. Tidak mahu terus berteka-teki, Linda turut memusatkan anak matanya ke arah yang sama.
“Ija," perlahan nama itu meniti di bibir Azrien.
Linda kembali memandang kekasihnya. Pelik dia dengan reaksi yang ditunjukkan lelaki itu. 'Kenal ke? Kenapa tak pergi tegur je?' Hatinya menyoal sendiri.
“Sayang, I nak pergi jumpa perempuan tu sekejap. Jom." Laju langkah diatur sambil mengheret lengan Linda.
“Ija? Ija kan?" Hampir terjerit dia bila wajah itu ditatap dari dekat.
Izareen terkejut. 'Siapa pulak main jerit-jerit nama aku ni? Ingat ni cerita hindustan ke apa?' Dia melilaukan matanya mencari gerangan yang memanggil namanya.
Sebaik saja seraut wajah yang hampir 8 tahun tidak ditemui itu menyapa matanya, lebar senyuman dilemparkan ke arah pasangan yang semakin menghampiri itu.
“Ya Allah. Angah kan? Lamanya tak jumpa." Riang dia menyapa.
Azrien sudah tidak tentu arah. Rasa gembiranya tak mampu nak diungkapkan dengan kata-kata bila masih diberi peluang untuk bertemu dengan gadis ini. Jauh di sudut hatinya, dia mengakui ada masa dia masih merindukan kehadiran gadis ini yang satu masa dahulu berjaya menawan hati lelakinya.
“Eh, bila sampai ni? Tak bagitahu pun. Dah lah dulu pergi senyap-senyap je." Sesaat, Azrien menggigit bibir bawahnya.
Dalam rasa teruja dengan kepulangan gadis di hadapannya ini, Azrien terlupa dialah penyebab gadis itu menghilang dulu. Dia risau jika hati Izareen terluka kembali.
Izareen ketawa kecil. “Sampai mana ni? Jb? Semalam baru sampai. Mak lah dah bising-bising saya lama tak jenguk dia." Ramah Izareen bercerita.
Segala kisah yang pernah terlakar antara mereka dulu telah dilupakan. Dia mahu memulihkan kembali kemesraan yang pernah terjalin antara mereka seperti sebelum mereka memutuskan untuk bercinta dulu.
Dia pun tidak mahu menyalahkan Azrien semata-mata. Dia yakin semua yang pernah terjadi dulu disebabkan akal mereka yang masih tidak matang. Sangkaan mereka keakraban mereka adalah kerana cinta. Namun setelah perhubungan terjalin beberapa bulan, barulah mereka sedar mereka cuma selesa sebagai kawan.
Namun dek kerana Azrienlah lelaki pertama yang berjaya menembusi hatinya, dia tetap berasa terluka dan kecewa hingga membuat keputusan untuk pergi ke luar negara. Asalnya dia cuma ingin menenangkan fikiran saja. Tapi bila bermacam-macam perkara yang dilalui sepanjang berada di negara orang berjaya membuatkan dia gembira kembali, dia memutuskan untuk menetap selama 7 tahun di sana.
Azrien sedikit terkejut dengan kenyataan Izareen. Berkerut keningnya. “Maknanya selama ni Ija dah lama balik Malaysia lah?" Soalnya.
Izareen hanya mengangguk. “Haah. Ija duduk kat rumah mak angkat Ija kat Cherating."
“Owh.." Hanya itu yang mampu dijawab.
“So, angah tak nak kenalkan ke dengan orang sebelah tu?" Izareen mengubah topik. Dari tadi lagi hujung matanya tertarik dengan kehadiran wanita itu.
“Eh, sorry sayang. I terlupa. Teruja sangat jumpa adik angkat I."
Izareen sekadar tersenyum dengan pengenalan tentang dirinya. 'Nampaknya masing-masing dah berjaya teruskan hidup,' bisik hatinya.
“Hai.." Izareen menghulurkan tangan untuk bersalaman.
Linda hanya tersenyum sambil menyambut huluran salam dari Izareen. “Linda," ujarnya kemudian.
“Ija nak ke mana ni?" Soal Azrien bila tiba-tiba terasa dipinggirkan.
Izareen melarikan matanya ke wajah Azrien semula. “Saya nak jumpa kawan jap. Lama tak balik, kan? Bila diorang tau, mulalah nak ajak jumpa."
“Eh, tak pe lah angah. Saya nak kena pergi dah ni. Nak kejar masa. Diorang nak masuk kerja semula. Nanti kita jumpa lagi ye?" Izareen mula tersedar masa yang semakin pantas berlalu.
“Lah, cepatnya." Azrien mengeluh perlahan. Hatinya masih tidak puas. Banyak benda yang dia mahu ceritakan pada Izareen sepanjang ketiadaan gadis itu selama ini.
Linda berpura-pura tidak mendengar keluhan kekasihnya. Walau dia cuba untuk tidak fikir bukan-bukan, namun dari gaya Azrien dia dapat mengagak ada sesuatu di sebalik perhubungan mereka.
“Alah, nanti saya free kita jumpalah. Boleh borak panjang dengan kak Lin sekali." Izareen memujuk. Dia sudah masak dengan sifat manja Azrien. Nampaknya tempoh 8 tahun masih tidak mengubah sikap Azrien yang satu itu.
Linda sekadar mengangguk. Bibirnya hanya diukir sebuah senyuman kecil. Sekadar mahu menjaga perasaan Izareen.
“Nanti kirim salam kat Aunty ye. Cakap kat Aunty, ada masa nanti saya jumpa dia. Lagi satu kirim salam sayang rindu kat Iqbal." Sempat lagi gadis itu berpesan sebelum dia melangkah meninggalkan pasangan itu di tengah-tengah Jusco Tebrau itu.
“Happy betul you jumpa Ija," Linda buat-buat bergurau. Sebaik mungkin dia menjaga intonasi suaranya agar Azrien tidak mengesan rasa cemburu yang menerpa di hati.
Azrien tersenyum senang dengan kenyataan buah hatinya. “8 tahun I tak jumpa dia. Mahu tak happy?" Azrien menyahut gurauan kekasihnya.
Hati Linda semakin digigit rasa cemburu. Sakit pula hatinya bila Azrien langsung tidak menafikan apa yang dikatakannya.
“Sebenarnya kalau you nak tahu, dia tu ex girlfriend I. Tapi tu lah. Rasa macam tak sesuai pulak bila dah couple tu." Belum sempat Linda bertanya, Azrien terlebih dulu bercerita.
“So, sekarang ada chance ke nak berbalik semula?" Nadanya mula berubah.
Meledak tawa Azrien dengan kata-kata Linda. “Apalah you ni, sayang. Fikiran macam budak-budak. I dah ada you, kan. Dia tu pun I rasa dah ada pakwe pun. Silap-silap mat saleh lagi." Azrien memujuk.
Dia agak tidak selesa sebenarnya bila perhubungan 'tak jadi' antara dia dan Izareen diungkit kembali.
No comments:
Post a Comment