“No! Mama tak setuju dengan pilihan Ayien. Sikit pun mama tak setuju. Ayien jangan berani merayu kat mama pergi pinang dia. No means no!" Bergema kemarahan Datin Sofea dalam banglo 3 tingkat itu.
Datuk Ayub hanya menjadi pemerhati. Dia tidak mahu masuk campur urusan yang sedang mereka bincangkan ini. Biarlah isterinya yang bersuara kali ini.
Selama ini, puas dia berhujah dengan anak lelakinya ini. Tapi nampaknya Azrien masih tidak berputus asa memujuk dia dan isterinya agar menerima calon menantu yang dipilih anaknya itu. Bukan sengaja dia menolak gadis itu. Tapi dia mempunyai alasan yang kukuh untuk membuktikan Linda bukanlah seorang gadis yang sesuai untuk dijadikan isteri oleh anaknya.
Azrien mendengus. Hatinya terkilan dengan sikap ibu bapanya. Selama ini dia tidak pernah membantah apa pun keputusan mereka. Tapi ini melibatkan masa depannya. Soal hati dan perasaannya. Kenapa mereka tidak mahu faham?
“Ma.. please. Ini soal hidup Ayien. Tolonglah ma. Ayien merayu kat mama. Sekali ni je. Lepas ni Ayien janji Ayien takkan mintak apa-apa lagi. Please, ma. Pelase." Azrien terus juga merayu.
Dia tahu dengan Datin Sofea tak boleh berkeras. Takut terus menemui jalan buntu.
Datin Sofea memandang tajam anak keduanya itu. Terasa sakit sangat hatinya mendengar rayuan anak yang terlalu dikasihinya itu. Kalau tak difikirkan kerana sayang, mungkin awal-awal lagi dia sudah mengheret anak muda ini untuk bernikah saja dengan mana-mana gadis yang menjadi pilihannya.
Tapi bila mengenangkan rasa hormat dengan jejaka itu, di masih lagi cuba untuk bersabar. Tapi kenapa ini juga perempuan yang dipilihnya. Datin Sofea betul-betul kecewa dengan anaknya.
“Ayien, sekali ni jugak mama merayu dengan Ayien. Jangan paksa mama pinangkan dia untuk Ayien lagi." Bergetar suaranya menahan segala rasa yang terbuku di dada.
Azrien terus lemah. Terasa berdosa besar dia kerana membuatkan seorang ibu merayu kepadanya. Azrien mengeluh perlahan.
Dia mengangkat punggung dan menapak perlahan ke arah mamanya yang terus berdiri tegak di tengah ruangan tingkat 3 itu. Memang di situlah biasanya tempat untuk mereka anak-beranak berbincang jika ada masalah.
Diraih tubuh kecil mamanya ke dalam pelukan. Hangat ciuman dihadiahkan ke dahi mamanya. Dia betul-betul sayangkan wanita ini. Inilah perempuan yang telah membesarkannya selama 27 tahun ini. Wanita yang selalu menatang dirinya umpama minyak yang penuh. Yang selalu menyayanginya tidak berbelah bagi walaupun dia cumalah anak tiri wanita itu.
“Mama, please. Jangan cakap macam tu. Ayien sayang mama sangat-sangat." Sekali lagi dia mengucup pipi wanita itu. Kasih sayangnya tertumpah di situ.
Lama mereka mendiamkan diri. Azrien masih memikirkan cara untuk melembutkan hati orang tuanya agar menerima Linda sebagai ahli baru dalam keluarga ini.
Datin Sofea pula masih melayan rasa sayu dan kecewa dengan sikap anaknya ini. Beberapa minit berlalu, Datin Sofea merungkai pelukan anaknya. Dia melangkah beberapa tapak menjauhi anak lelakinya itu.
Dalam nafas ditarik sebelum mula bersuara semula. “Selama ni mama biar Ayien kawan dengan mana-mana pun perempuan yang Ayien suka. Bukan saja-saja mama bagi kebebasan tu pada Ayien. Tapi mama nak Ayien buat pilihan yang terbaik. Tapi kenapa Linda, sayang?" Sebak hatinya.
Azrien kembali sesak nafas. “Kenapa bukan Linda, ma?" Dia bertanya kembali.
“Ayien tahu apa yang dah jadi pada dia dulu kan?" Datin Sofea berpaling menghadap anaknya.
Azrien mengeluh keras. Wajahnya diraup berkali-kali. Hatinya membentak dengan alasan yang diberikan wanita itu. Muak dia dengan jawapan yang masih sama.
“Sebab Linda bukan dara? Mama, mama tahukan tu semua bukan kehendak dia? Linda kena rogol ma. Tolonglah jangan jadikan tu semua alasan. Kalau Ayien tak kisah, kenapa semua orang kena kisah?" Akhirnya terlepas juga rasa sakit hatinya.
“Linda cakap kat Ayien macam tu? Jadi Ayien nak percaya? Apa yang mama cakap Ayien nak buang macam tu je lah? Hah?" Datin Sofea menghampiri anaknya. Hatinya terasa dirobek-robek dengan pengakuan anaknya itu.
“Ma, stop. Tolong jangan mula lagi. Please. Ayien tak nak lukakan hati mama. Mamalah segala-galanya bagi Ayien. Ayien bersyukur sangat Ayien ada mama. Tapi ma, ini soal perasaan Ayien. Ayien cintakan Linda. Ayien tak boleh lupakan dia. Ayien tak boleh terima orang lain sebagai pendamping Ayien.
Please, ma. Selama ni Ayien tak pernah ingkar cakap mama. Ayien tak pernah bantah apa pun keputusan yang mama buat. Untuk sekali ni je mama, biarkan Ayien buat keputusan sendiri." Azrien memegang erat tangan mamanya. Meminta pengertian walau secubit.
Perlahan-lahan wanita itu melepaskan pegangan anaknya. “Dan mama tak pernah paksa Ayien ikut kehendak mama. Walaupun sekarang. Mama tak pernah paksa anak-anak mama untuk terima mana-mana je orang yang mama pilih untuk menantu. Mama terima siapa saja yang anak-anak mama suka asalkan orang tu baik untuk dijadikan pasangan anak-anak mama. Tapi bukan Linda!"
“Ma, tolong Ayien ma. Ayien tak boleh hidup tanpa Linda. Jangan buat Ayien tersepit macam ni, ma." Dia sudah melutut di hadapan mamanya.
Datin Sofea menarik nafasnya dalam dan menghembus perlahan. “No, Ayien. I'm sorry, but not Linda! Me or her!" Segera Datin Sofea mengangkat kaki meninggalkan ruangan itu.
No comments:
Post a Comment