“Aku terima nikahnya Nur Ain Syuhada binti Ahmad Kassim dengan mas kahwinnya 250 ringgit tunai." Lancar lafaz akad yang keluar dari dua ulas bibirnya.
“Sah!" Sebulat suara saksi-saksi berkata.
“Alhamdulillah..." sahut jemaah yang lain pula.
Bagai lembu dicucuk hidung, Adam Haiqarl turut menadah tangan tatkala kadi membacakan doa. Tanda dia selamat menjadi pengantin baru.
‘What? Wait! Pengantin baru? No way! Dengan siapa?' Melingas mata tajam bak helangnya mencari gerangan 'isteri'nya.
Di satu sudut, bersimpuh seorang gadis kecil molek diatas kusyen besar bagai yang didudukinya saat ini. Wajah gadis itu memerah. Mungkin menangis. Namun Adam Haiqarl tak dapat melihat dengan jelas memandangkan gadis itu hanya tertunduk saja.
Di sebelah gadis yang baru dinikahinya itu ada seorang wanita yang agak berusia. Dengan rambut merah ala puteri dalam kartun Brave dan hanya selendang nipis yang menutupi sebahagian rambut wanita itu. Wajahnya agak tegang. Sesekali dia menyiku gadis kecil tadi bila bahu gadis itu terhinggut-hinggut.
“Ehem!" Deheman Ikrami mematikan lamunannya.
“Kot ye pun, tunggu malam sikit bro. Dalam masjid lagi ni." Sakat Ikrami.
“Ah, kau! Memandai je. Eh, tapi siapa bini aku sebenarnya?" Soalnya kehairanan.
Berkerut dahi Ikrami mendengar soalan tidak berasas sepupunya itu. “Kau biar betul tak kenal wife sendiri?" Agak menekan bisikan Ikrami di telinga Adam Haiqarl.
Imbas kembali
“Selamat pulang, bos. Apa khabar? Wah.. Lama duduk kat negara orang ni, bos pun dah nampak macam orang jepun dah," Bob, orang kanan bapanya menyapa ramah.
Adam Haiqarl sekadar tersenyum. Lantas diraihnya tangan lelaki bertubuh sasa itu untuk bersalaman.
“Hai, bang. Awat pakai baju macam orang nak pi bernikah ja? Awat? Ayah nak kahwin lagi ka? Mummy ada bantai ngan senduk kuali dak?"
Hairan dia bila melihat Bob menyambutnya dengan sepersalinan melayu berwarna putih gading. Lengkap dengan samping dan songkoknya sekali.
Nak kata abang Bob nak cari bini lain, memang mustahillah. Kak Effa baru je lepas bersalin. Belum habis pantang pun. Takkan abang Bob dalam diam ada simpan perempuan lain kot? Memang tak logik!
Bob hanya ketawa dengan lelucon yang keluar dari mulut Adam Haiqarl. Biarlah lelaki itu tak tahu.
Saat berada dalam kereta, Adam berbual seperti biasa dengan Bob. Hanya cerita-cerita kosong antara lelaki dengan lelaki.
Beberapa minit perjalanan, baru Adam Haiqarl perasan sesuatu. Ini bukan jalan balik rumah mummy.
“Eh, bang. Kita nak pergi mana ni?" Berkerut dahinya melihat papan tanda menuju ke Bandar Baru Uda yang patutnya melencong ke arah lain.
“Nanti bos tahulah." Bob membalas ringkas.
Hampir sejam perjalanan, Bob memusingkan stereng memasuki satu kediaman sederhana besar. Terlopong juga mulut Adam Haiqarl melihat kediaman itu yang sudah agak penuh.
“Ni rumah sapa pulak bang Bob oii.. Hang nak kahwin lain jangan ajak aku subahat, bang. Meroyan kak Effa tu nanti, aku tak nak jawab ngan mak pak dia." Terkeluar lagi loghat utaranya. Membesar ngan nenek kat Kedah, tu yang kadang-kadang terlepas loghat-loghat tu. Ceq habaq mai..
“Hisy, aku lempang kang tak saja berterabur gigi tu." Bob menunjuk belakang tangannya yang berurat.
Tu dia! Ni memang kalau lempang tak keluar gigi dua tiga batang memang kuat betui akar gigi depa na.
“Nah! Ambik ni, pi tukar kat bilik kecik belakang tu. Jangan banyak cekadak." Dilempar sepasang baju melayu satin berwarna putih mutiara ke arah Adam Haiqarl.
Aish! Apa ni? Macam orang nak menikah je gaya. Namun bila terpandang susuk bapanya yang merenung dari jauh, Adam melangkah keluar juga dari kereta.
Hai, pak! Bukan main handsome lagi bapak aku ni kalau pakai baju melayu. Kena pulak colour hijau zamrud tu ngan kulit bapak yang cerah tu.
“Ayah," sapanya sopan bila kaki sudah menghampiri bapanya. Ditarik lembut tangan bapanya lantas dicium.
Seperti biasa, Haji Khalid meraih anak tunggal lelakinya itu ke dalam pelukan. “Sihat?"
“Alhamdulillah, yah. Ayah sihat? Ni rumah siapa ni, yah? Mummy ngan akak mana?" Soalnya bertalu-talu.
Sungguh dia pelik dengan cara sambutan kepulangannya hari ini.
“Mummy ngan akak ada kat dalam. Bob ada bagi kamu baju kan? Pergi salin cepat. Majlis dah nak mula ni." Haji Khalid menepuk perlahan bahu anaknya dan terus berlalu.
Dalam keadaan terpinga-pinga, Adam tetap menurut bila Bob menariknya ke arah bilik kecil di kawasan belakang rumah itu.
“Mula-mula sekali ayah nak minta maaf dengan Adam. Ayah harap Adam faham kenapa ayah buat macam ni. Adam akan berkahwin harini." Satu nafas Haji Khalid memberi penerangan ringkas tatkala anak bujangnya melabuhkan punggung ke kusyen khas di hadapannya.
Adam masih terkebil-kebil. Entah kenapa otaknya bagai tak mahu berfungsi pula kala ini. Jet lagged barangkali. Tiap patah yang bapanya tuturkan mampu didengar dengan jelas. Namun satu pun tak dapat dicerna.
Bila kadi menyeru namanya, dia hanya menyahut. Selepas itu dia bagai dipukau. Tiap apa yang kadi tanya, dia hanya menjawab tenang. Bila kadi suruh tandatangan juga, dia hanya menurut.
“Adam Haiqarl, adakah kamu bersetuju mengahwini Nur Ain Syuhada dengan rela dan tiada paksaan?"
Soalan tersebut rasanya sudah ditanya tadi. Namun Adam tetap menjawab. “Ya."
“Baik, kalau macam tu boleh kita mula sekarang ye?" Melihat Adam yang hanya mengangguk sedikit, tok kadi mula menggenggam kemas tangan jejaka itu.
“Adam Haiqarl, aku nikahkan dikau dengan Nur Ain Syuhada binti Ahmad Kassim dengan mas kahwinnya 250 ringgit tunai." Tok kadi menggoncang sedikit tangannya.
Dan dia....? Dengan lancarnya menyambut akad yang telah dilafazkan. Maka sekarang? Ya Allah? Aku dah kahwin?
Mummy? Anybody? Tolong, please help me! Adam ingat korang nak prank Adam. Tapi....?
No comments:
Post a Comment