Selesai majlis petang itu, Adam dan isterinya dipelawa ke rumah mummynya. Hairan dia bila mendengarnya. Bukankah sepatutnya mereka bermalam di rumah ini?
Namun untuk bertanya, dia jadi kelu. Lebih-lebih lagi bila melihat wajah yang dari tadi tegang milik 'ibu mertua'nya itu.
'Huh! Sombong betul. Orang bercakap-cakap dia buat bodoh je. Yang si 'kenit' ni pulak tak habis-habis duduk celah ketiak aku. Tak rimas ke? Aku ni tengah berpeluh-peluh. Dahlah tadi tak sempat nak membersihkan badan dulu. Yelah, tak sangka pulak dalam kenduri ni aku yang jadi pengantin. Mujur minyak wangi aku mahal. Dapat jugaklah cover dari aroma yang menyengat hidung.'
“Amboi, Dam. Dari tadi duk kepit bini." Ikrami ketawa lepas dengan kata-katanya sendiri. Sikit sebanyak dia dapat mencungkil tentang perkahwinan tiba-tiba ini dari bapa saudaranya tadi.
Adam menjengilkan matanya. Sesekali dia mengerling gadis yang baru dinikahinya itu. Baru dia perasan gadis itu langsung tidak bersuara dari tadi. Kalau ada yang menyapa, dia sekadar tersenyum dan sekali sekala mengangguk bila pertanyaan diajukan.
'Alamak! Perempuan ni bisu ke apa? Adui.. Bala-bala.' Adam menarik nafas panjang.
Baru saja dia hendak membuka mulut, mummynya memanggil. Mesra senyuman yang dihadiahkan mummynya itu pada si 'kenit' di sisinya.
Gadis itu juga tersenyum saja kepada mummynya. Langkah diatur perlahan mendekati wanita separuh abad itu. Namun yang pasti senyuman yang terukir di bibir mungil gadis itu kelihatan agak sendu.
Adam hanya membiarkan. Sikit pun hatinya tidak tertarik untuk berada dalam kalangan 'PIBG @ Persatuan Ibu Bapa dan Gadis' itu.
“Ik, kau tau apa-apa ke pasal kahwin aku ni? Aku confuse gila ni, doe. Balik-balik kena prank macam ni. Aku tak kenal pun siapa perempuan tu. Apasal mummy ngan ayah aku boleh buat aku gini? Huisy.. Selama ni mummy ngan ayah tak pernah paksa aku. Pening, der kepala aku ni."
Ikrami di sebelah hanya tersenyum senget. Adam tau senyuman itu mempunyai makna yang tersirat. Dan dia kenal sangat dengan perangai mamat sengal sekor ni. Kalau dah main pandang hujung mata je, memang tak de maknanya lah dia nak bagi jawapan.
Adam mengeluh agak keras. Sungguh, dia tak sangka begini pula cara dia menamatkan zaman bujangnya. Adoi.. Pening woi, ceq habaq kat hang!
“Jomlah, bro kita gerak. Mummy kau tunggu kita dari tadi lagi." Sapaan Ikrami mematikan lamunan Adam.
Dia hanya menurut bila Ikrami mula melangkah. Semakin dekat dengan keluarga mertuanya itu, dia dapat rasakan ada bahang di sekelilingnya.
Dia hanya melihat saja kelakuan isterinya yang sopan menyalami ibunya. Sejurus selepas itu, gadis itu mendapatkan bapanya pula. Sama seperti tadi, dia tunduk mencium tangan tua itu.
Dia dapat melihat ketegangan di wajah kedua-dua ibu bapa mertuanya kala itu. Dan isterinya, kelihatan teragak-agak. Mungkin gadis itu ingin memeluk mereka. Tapi melihatkan reaksi mereka yang dingin, gadis itu terus berundur dan berlalu ke beranda.
Giliran Adam pula bersalaman dengan ibu bapa mertuanya. Reaksi yang diterima tetap dingin. Namun ketegangan di wajah mereka sedikit mengendur. Lebih-lebih lagi bila Haji Khalid berdehem.
“Adam balik dulu mak, abah." Hentam buta saja Adam memanggil mereka. Entah betul ke tak. Mana dia tahu. Tadi pun dia tengok Ain hanya menyalami mereka tanpa berkata apa-apa.
“Insya allah ada masa nanti Adam bawak Ain datang jenguk mak ngan abah kat sini. Adam cuba jaga Ain baik-baik. Insya allah." Adam cuba mengambil hati mereka.
Namun, reaksi yang diterima agak mengejutkan. Wanita tua di hadapannya menjengilkan mata sambil dahinya berkerut. Bapa mertuanya pula merengus keras.
“Sudahlah, Adam. Jom kita balik." Haji Khalid menarik lembut bahunya.
Tanpa pamitan atau salam mesra, keluarganya berlalu begitu sahaja ke kereta. Hampir beberapa tapak nak sampai ke keretanya, Adam terpandang bayang Ain yang kelihatan bersusah payah mengangkat bagasinya yang besar.
Oih! Sarat gila beg dia. Dengan bagasinya, beg sandangnya. Beg bimbit pun sampai 2, 3 biji. Nak lari dari rumah ke apa?
Tiba-tiba kelibat Ikrami kelihatan mendekati Ain yang masih terkial-kial mengusung beg-begnya. Pipi mulus gadis itu kelihatan memerah. Begitu juga dengan hidungnya yang kecil.
'Dia menangis ke? Ish! Pelik akulah ngan family ni. Mak ayah dia tak nak hantar ke anak dia ni sampai ke kereta?'
Adam menghantar semula pandangan ke tempat berdirinya sepasang suami isteri itu. Hampir terlopong mulutnya bila melihat mereka sudah bersantai dengan tetamu yang masih ada. Malah wajah mereka kelihatan gembira sekali.
“Woi! Berangan apa lagi ni? Tolong ni, bawak sikit. Kesian dia ni." Ikrami menyergah.
Adam hanya menyambut huluran Ikrami. Bila melihat gadis itu masih juga terkial-kial mengimbangi diri dari terjatuh, Adam pantas mengorak langkah mendekati.
“Nak abang tolong ke?" Adam mula bersuara.
Gadis itu tetap tertunduk. Liur ditelan pahit. Janggal rasanya bila lelaki ini bersuara. Namun dia tetap mengangguk. Tak daya lagi nak mengheret bagasi yang kurang sedikit rendah darinya. Dahlah besar. Nak banding dengan dia, kalau masih juga nak junjung ego tu, lepas ni bergoleklah dia. Dahlah kasut tumit tinggi ni runcing yang amat. Nak berjalan di kawasan berbatu-batu ni, memang wa tak sanggup, der.
“Ain naik dengan akak and mummy ye? Biar Adam satu kereta dengan ayah and abang Hafiz." Juliana mempelawa mesra.
Lantas dirangkulnya bahu kecil milik adik iparnya itu dan menariknya menghampiri sebiji lagi kereta mewah yang ada di situ. Beg galas yang ada padanya sudah diserahkan pada Adam. Ain hanya menurut saja.
Adat menumpang orang. Takkan nak banyak ragam pula. Naya je kalau kena campak tengah-tengah highway pasir gudang tu kang.
Sewaktu kereta mula bergerak, Ain hanya menahan tangis melihat bapa dan ibu tirinya yang langsung tidak mempedulikan pemergiannya.
'Sudahlah, Ain. Itu memang kehendak diorang. Jangan mengharap lagi pada orang yang tak sudi nak sayang kita.'
Ain tersentak bila tangannya digenggam kemas wanita anggun di sebelahnya ini. Satu senyuman kecil dihadiahkan buat wanita itu.
Hatinya sangat berharap agar ada secebis kasih sayang dalam hati insan yang bergelar keluarganya kini buat dirinya menumpang kasih. Dalam tak sedar, setitis air matanya gugur ke pipi.
“Sudahlah, Ain. Mummy ada dengan Ain. Jangan sedih-sedih lagi. Mummy akan sayang Ain. Jangan menangis ye, sayang." Dalam suara lembut itu memujuk.
Ain mengangguk. Bila wanita itu menarik dirinya ke dalam pelukan, Ain hanya menurut. Hatinya begitu memberontak untuk dikasihi. Sudah puas dia hidup dalam keadaan dibenci keluarga sendiri.
Juliana yang sedang memandu sesekali mengerling ke cermin pandang belakang. Sayu hatinya mendengar esakan halus yang tercetus di bibir gadis muda itu.
No comments:
Post a Comment