“No! Mama tak setuju dengan pilihan Ayien. Sikit pun mama tak setuju. Ayien jangan berani merayu kat mama pergi pinang dia. No means no!" Bergema kemarahan Datin Sofea dalam banglo 3 tingkat itu.
Datuk Ayub hanya menjadi pemerhati. Dia tidak mahu masuk campur urusan yang sedang mereka bincangkan ini. Biarlah isterinya yang bersuara kali ini.
Selama ini, puas dia berhujah dengan anak lelakinya ini. Tapi nampaknya Azrien masih tidak berputus asa memujuk dia dan isterinya agar menerima calon menantu yang dipilih anaknya itu. Bukan sengaja dia menolak gadis itu. Tapi dia mempunyai alasan yang kukuh untuk membuktikan Linda bukanlah seorang gadis yang sesuai untuk dijadikan isteri oleh anaknya.
Azrien mendengus. Hatinya terkilan dengan sikap ibu bapanya. Selama ini dia tidak pernah membantah apa pun keputusan mereka. Tapi ini melibatkan masa depannya. Soal hati dan perasaannya. Kenapa mereka tidak mahu faham?
“Ma.. please. Ini soal hidup Ayien. Tolonglah ma. Ayien merayu kat mama. Sekali ni je. Lepas ni Ayien janji Ayien takkan mintak apa-apa lagi. Please, ma. Pelase." Azrien terus juga merayu.
Dia tahu dengan Datin Sofea tak boleh berkeras. Takut terus menemui jalan buntu.
Datin Sofea memandang tajam anak keduanya itu. Terasa sakit sangat hatinya mendengar rayuan anak yang terlalu dikasihinya itu. Kalau tak difikirkan kerana sayang, mungkin awal-awal lagi dia sudah mengheret anak muda ini untuk bernikah saja dengan mana-mana gadis yang menjadi pilihannya.
Tapi bila mengenangkan rasa hormat dengan jejaka itu, di masih lagi cuba untuk bersabar. Tapi kenapa ini juga perempuan yang dipilihnya. Datin Sofea betul-betul kecewa dengan anaknya.
“Ayien, sekali ni jugak mama merayu dengan Ayien. Jangan paksa mama pinangkan dia untuk Ayien lagi." Bergetar suaranya menahan segala rasa yang terbuku di dada.
Azrien terus lemah. Terasa berdosa besar dia kerana membuatkan seorang ibu merayu kepadanya. Azrien mengeluh perlahan.
Dia mengangkat punggung dan menapak perlahan ke arah mamanya yang terus berdiri tegak di tengah ruangan tingkat 3 itu. Memang di situlah biasanya tempat untuk mereka anak-beranak berbincang jika ada masalah.
Diraih tubuh kecil mamanya ke dalam pelukan. Hangat ciuman dihadiahkan ke dahi mamanya. Dia betul-betul sayangkan wanita ini. Inilah perempuan yang telah membesarkannya selama 27 tahun ini. Wanita yang selalu menatang dirinya umpama minyak yang penuh. Yang selalu menyayanginya tidak berbelah bagi walaupun dia cumalah anak tiri wanita itu.
“Mama, please. Jangan cakap macam tu. Ayien sayang mama sangat-sangat." Sekali lagi dia mengucup pipi wanita itu. Kasih sayangnya tertumpah di situ.
Lama mereka mendiamkan diri. Azrien masih memikirkan cara untuk melembutkan hati orang tuanya agar menerima Linda sebagai ahli baru dalam keluarga ini.
Datin Sofea pula masih melayan rasa sayu dan kecewa dengan sikap anaknya ini. Beberapa minit berlalu, Datin Sofea merungkai pelukan anaknya. Dia melangkah beberapa tapak menjauhi anak lelakinya itu.
Dalam nafas ditarik sebelum mula bersuara semula. “Selama ni mama biar Ayien kawan dengan mana-mana pun perempuan yang Ayien suka. Bukan saja-saja mama bagi kebebasan tu pada Ayien. Tapi mama nak Ayien buat pilihan yang terbaik. Tapi kenapa Linda, sayang?" Sebak hatinya.
Azrien kembali sesak nafas. “Kenapa bukan Linda, ma?" Dia bertanya kembali.
“Ayien tahu apa yang dah jadi pada dia dulu kan?" Datin Sofea berpaling menghadap anaknya.
Azrien mengeluh keras. Wajahnya diraup berkali-kali. Hatinya membentak dengan alasan yang diberikan wanita itu. Muak dia dengan jawapan yang masih sama.
“Sebab Linda bukan dara? Mama, mama tahukan tu semua bukan kehendak dia? Linda kena rogol ma. Tolonglah jangan jadikan tu semua alasan. Kalau Ayien tak kisah, kenapa semua orang kena kisah?" Akhirnya terlepas juga rasa sakit hatinya.
“Linda cakap kat Ayien macam tu? Jadi Ayien nak percaya? Apa yang mama cakap Ayien nak buang macam tu je lah? Hah?" Datin Sofea menghampiri anaknya. Hatinya terasa dirobek-robek dengan pengakuan anaknya itu.
“Ma, stop. Tolong jangan mula lagi. Please. Ayien tak nak lukakan hati mama. Mamalah segala-galanya bagi Ayien. Ayien bersyukur sangat Ayien ada mama. Tapi ma, ini soal perasaan Ayien. Ayien cintakan Linda. Ayien tak boleh lupakan dia. Ayien tak boleh terima orang lain sebagai pendamping Ayien.
Please, ma. Selama ni Ayien tak pernah ingkar cakap mama. Ayien tak pernah bantah apa pun keputusan yang mama buat. Untuk sekali ni je mama, biarkan Ayien buat keputusan sendiri." Azrien memegang erat tangan mamanya. Meminta pengertian walau secubit.
Perlahan-lahan wanita itu melepaskan pegangan anaknya. “Dan mama tak pernah paksa Ayien ikut kehendak mama. Walaupun sekarang. Mama tak pernah paksa anak-anak mama untuk terima mana-mana je orang yang mama pilih untuk menantu. Mama terima siapa saja yang anak-anak mama suka asalkan orang tu baik untuk dijadikan pasangan anak-anak mama. Tapi bukan Linda!"
“Ma, tolong Ayien ma. Ayien tak boleh hidup tanpa Linda. Jangan buat Ayien tersepit macam ni, ma." Dia sudah melutut di hadapan mamanya.
Datin Sofea menarik nafasnya dalam dan menghembus perlahan. “No, Ayien. I'm sorry, but not Linda! Me or her!" Segera Datin Sofea mengangkat kaki meninggalkan ruangan itu.
Wednesday, 7 January 2015
Saturday, 3 January 2015
Biarlah Hati Berbicara Bab 3
Sampai ke malam Adam langsung tidak nampak batang hidung Ain. Entah ke mana gadis itu menghilang. Pulang dari rumah Ain tadi abang iparnya terus melencong ke kafe mereka selalu melepak. Ain pula awal-awal sudah dibawa pergi dek mama dan kakaknya.
Adam masih setia menanti isterinya. Takkan nak tidur terus pulak kan? Nanti canggung pula Ain dengannya. Walau mereka berkahwin bukan atas dasar suka sama suka, sekurang-kurangnya Adam tidak mahu Ain rasa tersisih pula.
Pandangan yang dari tadi hanya menghadap pemandangan malam dialih ke satu sudut biliknya. Tersusun beberapa biji beg Ain di situ. Dia sudah dimaklumkan oleh pembantu rumahnya yang mesra disapa mak petang tadi tentang perkara itu.
Pelik dia dengan cara Ain membawa semua barang-barang itu. Seolah-olah gadis itu keluar terus dari rumah ibu bapanya saja. Mengingatkan perihal mentuanya, Adam menarik nafas panjang. Banyak misteri yang harus dirungkainya tentang status perkahwinannya dan latar belakang isterinya itu. Sedikit sebanyak hatinya masih was-was dengan apa yang telah berlaku padanya saat ini. Tapi bila mengenangkan semua ini adalah keputusan abahnya, dia memujuk dirinya supaya akur. Dia sudah masak dengan penilaian yang dilakukan Haji Khalid. Lelaki itu bukanlah seorang yang terburu-buru dalam membuat sebarang keputusan.
Tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Adam melangkah perlahan untuk membuka pintu. Hatinya sudah bagai dilanda perang. Sebaik mungkin dia cuba menenangkan diri.
Sebaik saja daun pintu diselak, terjengul wajah Ain. Adam segera mempelawanya masuk. Tanpa menunggu Ain, Adam terus berlalu semula ke jendela. Sengaja pandangannya dilempar menghadap kepekatan malam.
“Assalamualaikum," Ain menyapa perlahan. Bimbang juga kehadirannya tidak dialu-alukan.
Adam berpaling memandang Ain yang hanya tercegat di tengah pintu. “Masuklah," arahnya.
Ain melangkah setapak ke dalam bilik suaminya. Kekok rasanya berada bersama dengan orang asing. Sudahlah selama ini Ain memang tak punya ramai kawan lelaki. Tiba-tiba disatukan dengan lelaki yang tak pernah tercapai dek akal akan dikenalinya ini.
Sambil menenangkan diri yang sudah gelabah tahap dewa, Ain menutup perlahan pintu bilik Adam. Sesudah itu, dia langsung tercegat dibalik daun pintu itu.
'Aduh! Apa aku nak buat ni? Dia pun senyap je. Kalau aku lari ke bawah semula, aci tak? Tapi nanti apa pulak aku nak jawab ngan kak Jue? Hisy! Masak aku!'
Beberapa minit berlalu tanpa suara, Adam berpaling. Terkebil-kebil matanya melihat Ain yang tegak berdiri di tempat yang sama.
'Mak aih! Apehal minah ni tercongok kat situ lagi? Nak berjemput segala ke apa? Berat aku macam ni.'
Adam berdecit sedikit geram. “Kenapa Ain tercegat situ lagi? Ain tak mengantuk ke? Abang dari tadi lagi tunggu Ain. Ain pergi mana?"
Ain menelan liurnya. Pahit. “Tadi Ain ikut kak Jue balik rumah dia. Ingatkan sekejap je. Tapi abang Hafiz sampai tak lama lepas tu. Jadi kak Jue ajak Ain makan malam dekat sana je."
Adam mengeluh perlahan. “Tak kisahlah Ain nak pergi mana pun. Yang penting lain kali inform abang dulu tau? Sekarang Ain ni isteri abang. Tanggungjawab abang. Faham tak?" Bebelnya.
Ain hanya mengangguk. Dalam hati dah bersungut. 'Malam-malam ni orang nak tidur. Sibuk pulak nak bebel ke orang. Tunggu esok je, tak boleh? Inform.. Inform. Nak inform guna apa? Burung merpati?'
“Dah lah. Jom tidur. Abang ni letih pun tak habis lagi. Tau-tau kena prank ngan diorang." Adam meraih pergelangan tangan Ain. Badannya sudah tak mampu nak bergerak lagi rasanya.
“Abang." Ain menahan Adam dari melangkah.
Adam berpaling seraya menjongket keningnya. 'Apa lagi ni? Aku penat la..'
Ain meleraikan pegangan Adam menyebabkan wajah jejaka itu berubah. Tidak mahu Adam salah faham, segera Ain meraih tangan suaminya dan mencium tangan itu.
Sekali lagi Adam tersentak. Jika tadi dia bengang dengan Ain, kali ini dia bingung. Apa yang ingin Ain buat ni?
“Terima kasih sebab jadi suami Ain. Terima kasih sebab tolong selamatkan Ain. Terima kasih sebab bawak Ain masuk dalam keluarga ni." Ain menahan airmatanya dari gugur. Lama dia tunduk mencium tangan itu sambil melawan rasa sebak yang bertandang.
Adam tersenyum nipis. Sedikit sebanyak sikap Ain menyejukkan hatinya. Bertambah rasa keyakinannya terhadap gadis itu. 'Mungkin memang inilah jodoh yang terbaik buat aku,' bisik hati lelakinya.
Adam menggosok perlahan kepala Ain. Ditarik tangannya yang masih terasa hangat dikucup Ain lantas didekatkan bibirnya ke dahi Ain. Satu kucupan penuh bermakna dihadiahkan di situ.
Ain memejam matanya. Hati yang masih rawan bertambah sebak dengan layanan Adam terhadapnya. Ingin saja dia mendakap tubuh sasa itu sebagai tanda dia betul-betul menghargai kehadiran Adam di sisinya. Tapi rasa malu masih menebal dalam dirinya.
“Dah lah. Jom tidur. Lambat pulak kita bangun esok. Majlis start awal. Nanti bising mummy ngan kak Jue." Ajak Adam.
Sekali lagi Adam menarik tangan Ain menuju ke katil. Setelah memalapkan lampu tidur, Adam menyelimut Ain. Selepas itu dia merebahkan badannya di sisi Ain.
“Selamat malam." Ujarnya. Sekali lagi Adam mencium dahi Ain.
“Selamat malam." Agak bergetar suara Ain membalas. Wajahnya terasa berpijar. Hati di dalam sudah hilang rentak. Malunya dia dengan Adam. Segera dia menutup mata.
Dalam tempoh hanya beberapa minit mereka sudah lena diulit mimpi. Apa yang mereka lalui hari ini benar-benar membuatkan mereka letih.

Subscribe to:
Posts (Atom)